Log Masuk

Gambar Terpilih

Sukan Pasti Pasir Gudang 2008_277
Sukan Pasti Pasir Gudang 2008_277
Sukan Pasti Johor 2007_378
Sukan Pasti Johor 2007_378
Sukan Pasti Johor 2007_465
Sukan Pasti Johor 2007_465
Sukan Pasti Johor 2007_409
Sukan Pasti Johor 2007_409

Deprecated: Function eregi() is deprecated in /home/pasti/public_html/mambots/content/mosemailcloak.php on line 72

Deprecated: Function eregi() is deprecated in /home/pasti/public_html/mambots/content/mosemailcloak.php on line 89

Deprecated: Function eregi() is deprecated in /home/pasti/public_html/mambots/content/mosemailcloak.php on line 101

Deprecated: Function eregi() is deprecated in /home/pasti/public_html/mambots/content/mosemailcloak.php on line 120

Deprecated: Function eregi() is deprecated in /home/pasti/public_html/mambots/content/mosemailcloak.php on line 133

Deprecated: Function eregi() is deprecated in /home/pasti/public_html/mambots/content/mosemailcloak.php on line 133
Sikap ibu bapa antara punca anak lupa agama
Written by Admin   
Thursday, 17 April 2008

Jendela Hikmah:
BH | 20 Jul 07

Hakikatnya, bukan wanita saja yang lupa pada agama. Lelaki juga bahkan tanggungjawab mereka sebenarnya lebih berat kerana Allah (SWT) meletakkan kelebihan kepada lelaki sehingga mereka menjadi pelindung kepada wanita.

Jika ramai wanita hari ini melupakan agama, sebahagiannya berpunca daripada lelaki yang juga meninggalkan agama sehingga mereka gagal melindungi wanita mereka daripada melanggar hukum agama.


Apakah gejala lupa kepada agama berpunca daripada kurangnya pendidikan ibu bapa? Pernyataan itu sebenarnya menggambarkan apa yang disebut Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud: “Setiap anak Adam itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibu bapanya yang menjadikan ia Yahudi, Majusi dan Nasrani.â€

Hadis ini menunjukkan jika anak membesar dengan corak akhlak atau pegangan hidup yang tertentu, ia boleh dikesan kepada pendidikan yang diterima daripada ibu bapa.

Ibu bapa adalah madrasah (sekolah) pertama bagi anak. Sebelum anak dihantar ke institusi pendidikan formal bermula dari tadika, sekolah dan peringkat lebih tinggi, anak mempelajari asas pembentukan pandangan hidup (akidah) dan sahsiah (keperibadian dan akhlak) daripada ibu bapa mereka. Inilah objektif pendidikan sebenar.

Pendidikan ialah menurunkan nilai sehingga lahir insan mempunyai pegangan hidup yang mantap dan jitu. Bagi umat Islam, nilai itu ialah nilai Islam yang berteraskan tauhid. Asas tauhid yang mantap menatijahkan tingkah laku, tutur kata dan tindakan didasarkan tuntutan syariat Islam.

Jika hari ini kita melihat anak perempuan dan lelaki mendedahkan aurat, bergaul bebas tanpa batas, terbabit dengan pelbagai gejala sosial, maka itu adalah natijah daripada pendidikan yang mereka terima di rumah - pastinya tidak menepati apa yang dikehendaki Islam.

Mereka mungkin terpelajar dan mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik, tetapi itu bukan matlamat pendidikan. Pendidikan Islam bukan sekadar menguasai bidang teknikal dan akademik, tetapi lebih menjurus pemupukan nilai dan pembentukan akhlak.

Ia tidak bermakna Islam mengetepikan akademik kerana ia adalah bahagian penting daripada pembinaan kebudayaan dan tamadun, tetapi mesti diasaskan atas pendidikan tauhid yang mantap.

Beberapa kajian menunjukkan kesilapan mendidik anak pada peringkat awal (antara umur tiga hingga tujuh tahun) menyebabkan kecelaruan nilai dan keruntuhan akhlak pada peringkat umur 13 hingga 20 tahun.

Berdasarkan penilaian ini, masalah yang berlaku pada kelompok umur remaja sebenarnya boleh dikesan pada peringkat awal pendidikan. Siapakah yang bertanggungjawab pada peringkat umur di bawah tujuh tahun kalau bukan ibu bapa. Boleh kita simpulkan di sini ibu bapa menjadi satu daripada punca kepada sikap umat Islam yang melupakan agama mereka hari ini.

Pendidikan awal penting dan Rasulullah SAW berpesan kepada ibu bapa supaya menyuruh anak mendirikan sembahyang pada usia tujuh tahun. Ia bermakna pada umur itu anak tadi sudah patut menerima dan mematuhi suruhan agama.

Ia juga bermakna anak sudah terbiasa dengan suasana ibu bapa dan keluarga yang mendirikan dan mementingkan ibadat solat di rumah. Jika mereka tidak terbiasa melihat ibu bapa dan seisi keluarga mendirikan solat, bagaimana mungkin anak boleh meniru dan melakukan perbuatan sama.

Sebenarnya, ini juga satu isyarat bahawa pendidikan yang sebenar ialah dengan amal. Pendidikan hanya akan berlaku apabila pengajaran berlaku dalam bentuk amal, bukan dalam bentuk kata-kata. Ia juga menunjukkan hanya ibu bapa yang terdidik dengan kehidupan Islam mampu mendidik anak dalam acuan dikehendaki agama.

Kemudian kita lihat Rasulullah SAW menyuruh ibu bapa memukul anak yang masih meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun. Pengajarannya ialah apabila anak sudah berusia 10 tahun, nilai kehidupan sepatutnya sudah mewarnai jiwanya sehingga dia akan melakukan suruhan agama dan meninggalkan larangannya tanpa disuruh.

Jika masih meninggalkan solat pada usia itu, ia satu petanda nilai belum terbina dengan baik sehingga hukuman perlu digunakan bagi memperbetulkan keadaan.

Apabila anak memasuki umur baligh keadaan menjadi lebih sukar jika jiwa mereka tidak dipupuk dengan nilai yang berlandaskan syariat Islam.

- Penulis ialah pensyarah di Universiti Putra Malaysia dan boleh dihubungi di e-mel This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

-mutiara hati-  

 

Tazkirah Terkini

Oleh Mohd Shukri Hanapi MUSIBAH ialah bencana, kecelakaan atau malapetaka. Dalam erti kata lain, musibah dikaitkan dengan sesuatu yang tidak baik dan mendatangkan penderitaan kepada seseorang....
Oleh Hasliza Hassan KEBELAKANGAN ini, banyak kisah kepincangan institusi keluarga dikaitkan dengan kegagalan bapa sebagai pemimpin keluarga memainkan tanggungjawab nakhoda yang sepatutnya...
Jendela Hikmah:
BH | 20 Jul 07 Hakikatnya, bukan wanita saja yang lupa pada agama. Lelaki juga bahkan tanggungjawab mereka sebenarnya lebih berat kerana Allah meletakkan kelebihan...
Bulan yang membosankan bagi……….

Aktiviti Terkini

Setiap PASTI di peringkat Kawasan mahupun Cawangan digalakkan untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Gambar di bawah menunjukkan sebahagian aktiviti untuk pelajar Pasti Al-Ghazali, Kawasan...
Hari Anugerah Kecemerlangan / Ihtifal PASTI Kawasan Segamat telah diadakan pada 3 November...
Meriah... itulah yang dapat digambarkan dalam program tahunan PASTI Kawasan Bakri iaitu Majlis Konvokesyen PASTI 2012. Bertempat di Dewan Masjid Al Munir, Bt. 3 Jalan Bakri, majlis perasmian...
Tahniah diucapkan kepada PASTI Firdaus kerana dapat turut setia dalam sambutan Maulud Nabi SAW di Surau Al Muhajirin, Segamat. Apa yang paling menarik dalam sambutan yang diadakan pada 9 Februari...
Majlis Hari Kecemerlangan / Ihtifal PASTI Kawasan Kluang telah diadakan pada 4 November 2012 Majlis dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kluang, Sdr. Khairul Faizi Mohd...