Malaysiakini : Jabatan pendidikan Pra Sekolah PASTI akan membuang
satu hadis yang didakwa palsu dalam buku teks kanak-kanak enam tahun dalam
edisi baru, seawal-awalnya diterbit pada 2011, kata seorang pegawainya.
Jabatan itu yang mengurus Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan mengeluarkan
buku teks baru untuk murid tahap dua, kata setiausaha eksekutifnya Kamarul Arif
Ambak.
PASTI masih lagi menggunakan buku Pelajaran Al-Quran – yang didakwa
menyiarkan hadis palsu itu – cetakan tahun 2005.
"Sudah lama timbul isu ini, kita sudah bincang tiga, empat tahun lepas
kerana masih ada yang berpandangan ia boleh dipakai.
"Kita masih belum tukar versi baru. Kita ambil perhatian, kita tidak mahu
ada perbezaan pandangan sehingga menjadi perbalahan," katanya kepada Malaysiakini
hari ini.
Beliau diminta mengulas dakwaan seorang ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS
Pahang di blog peribadinya, Selasa lalu.
Khairul Azmi Ismail mendedahkan, hadis berbunyi "hubbul watan minal
iman" atau maksudnya "mencintai tanah air itu sebahagian daripada
iman" diletakkan di halaman 37 teks tersebut.
"Sebenarnya ia bukanlah hadis yang sahih atau hasan (boleh disebarkan)
malahan dhaif (lemah) pun bukan, bahkan ia merupakan hadis yang palsu
yang tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam silibus anak-anak kita,"
katanya.
Selepas merujuk beberapa sumber ulama, beliau menyimpulkan bahawa "hadis
ini memang jelas kepalsuannya, sehinggakan para ulama hadis tidak menjumpainya
di mana-mana kitab pun dan tidak diketahui siapakah perawinya" dan
"hadis palsu haram diajarkan melainkan untuk memberitahu
kepalsuannya".
Khairul Azmi menggesa penyusun sukatan pelajaran PASTI membuat penelitian
semula dan penambahbaikan terhadap teks-teks rujukan murid supaya kesilapan
seumpama ini tidak berulang.
Menurut Kamarul Arif lagi, Jabatan PASTI PAS pada asalnya bercadang menerbitkan
edisi baru buku teks itu tahun ini tetapi gagal kerana ia masih di peringkat
penyusunan dan reka letak buku tersebut.
Simpang Renggam : 19 Oktober 2009 : Pekeliling mengenai Peperiksaan Akhir tahun telah dikeluarkan iaitu peperiksaan akan bermula 19 Oktober 2009 sehingga 22 Oktober 2009.
Sewajarnya tarikh peperiksaan yang telah ditetapkan oleh PASTI M'sia diikuti oleh seluruh cawangan PASTI se M'sia tanda kita bersatu hati dan bagi mencapai standard peperiksaan, ianya mesti dijalankan secara serentak untuk mengelak kebocoran.
Walaupun begitu ada kelonggaran untuk mereka yang meraikan Deepavali khususnya kepada PASTI yang mempunyai murid beragama Hindu untuk memulakannya lewat dan ianya bergantung kepada keputusan pengerusi PASTI dan ketua guru kawasan masing-masing.
Pengedaran kertas soalan telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dari semua kakitangan pejabat dan pengerusi PASTI kawasan bermula pada 17 Oktober 2009 sehingga 18 Oktober 2009.
Semoga peperiksaan kali ini berjalan dengan sempurna dan murid PASTI dapat menunjukkan kebolehan mereka dengan mendapat keputusan yang cemerlang. Ibu bapa murid PASTI diharap memastikan kelengkapan alatan peperiksaan seperti pensil, pemadam, pembaris dan pensil warna disediakan. Motivasi dan galakan juga diperlukan untuk anak-anak supaya mereka mengulangkaji pelajaran bagi mendapat markah penuh dalam peperiksaan.
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PASTI JOHOR 2009
Kepada Semua Warga PASTI Johor Khususnya guru dan ibu bapa murid
PASTI Johor mengucapkan Salam Aidilfitri
1430 Hijrah, mohon maaf zahir dan batin, terkasar bahasa dan tingkahlaku pinta
diampunkan, termakan atau terminum harap dihalalkan samada disedari atau tidak,
al maklumlah sebagai manusia biasa yang tak dapat elak dari melakukan salah, silap
dan dosa. Didoakan semua panjang umur dan dilimpahkan rezeki dalam keimanan dan
ketaqwaan.
Cawangan PASTI yang mampu mengadakan program ziarah rumah ke rumah atau baraan dengan membaca selawat dan marhaban untuk mendekati dan meninggikan syiar Islam di mata masyarakat amat kami alu-alukan. Selamat berjuang di medan masyarakat. Islam untuk Semua.
Oleh Mohd Shukri Hanapi
MUSIBAH ialah bencana, kecelakaan atau malapetaka. Dalam erti kata lain, musibah dikaitkan dengan sesuatu yang tidak baik dan mendatangkan penderitaan kepada seseorang....
Oleh Hasliza Hassan
KEBELAKANGAN ini, banyak kisah kepincangan institusi keluarga
dikaitkan dengan kegagalan bapa sebagai pemimpin keluarga memainkan
tanggungjawab nakhoda yang sepatutnya...
Jendela Hikmah:
BH | 20 Jul 07
Hakikatnya, bukan wanita saja yang lupa pada agama. Lelaki juga bahkan tanggungjawab mereka sebenarnya lebih berat kerana Allah meletakkan kelebihan...
Majlis Hari Kecemerlangan / Ihtifal PASTI Kawasan Kluang telah diadakan pada 4 November 2012
Majlis dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kluang, Sdr. Khairul Faizi Mohd...
Meriah... itulah yang dapat digambarkan dalam program tahunan PASTI Kawasan Bakri iaitu Majlis Konvokesyen PASTI 2012.
Bertempat di Dewan Masjid Al Munir, Bt. 3 Jalan Bakri, majlis perasmian...
Setiap PASTI di peringkat Kawasan mahupun Cawangan digalakkan untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul.
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian aktiviti untuk pelajar Pasti Al-Ghazali, Kawasan...
Tahniah diucapkan kepada PASTI Firdaus kerana dapat turut setia dalam sambutan Maulud Nabi SAW di Surau Al Muhajirin, Segamat. Apa yang paling menarik dalam sambutan yang diadakan pada 9 Februari...