Log Masuk

Gambar Terpilih

Sukaneka Pasti Tebrau 2007_276
Sukaneka Pasti Tebrau 2007_276
Sukaneka Pasti Tebrau 2007_406
Sukaneka Pasti Tebrau 2007_406
Sukan Pasti Pasir Gudang 2008_269
Sukan Pasti Pasir Gudang 2008_269
Ihtifal Pasti Tebrau 2007_404
Ihtifal Pasti Tebrau 2007_404
Berita Baik!!! Pendaftaran PASTI Secara Online Dibuka Sekarang
Written by Hamdan   
Tuesday, 28 July 2009

logo_pasti.gifSimpang Renggam 27 Julai 2009 : Selaras dengan perkembangan teknologi ICT maka ini satu berita baik untuk semua iaitu Sistem Pendaftaran Murid PASTI Johor secara online telah dibuka mulai sekarang bagi memudahkan semua pihak terutama ibubapa yang tidak sempat berurusan dengan pihak PASTI dihari persekolahan.

Pendaftaran yang begitu mudah dan mesra pelanggan dengan mengisikan kawasan bersama nama serta nombor mykid anak jagaan tuan yang mahu mendaftar. mudahkan?

Kami menawarkan guru yang terlatih dengan rangkaian 1641 cawangan PASTI di seluruh Malaysia dengan  lebih 63 000 murid. Modul kurikulum dan ko kurikulum untuk murid 4, 5 dan 6 tahun yang Islamik dan telah terbukti selama 25 tahun. Cepat!!! Apa tunggu lagi, Daftarlah  sekarang. 

 

 

 

 

 

 

Last Updated ( Tuesday, 04 August 2009 )
 
Satu Caw. Satu PASTI, Satu Dun Satu SRI, Satu Kaw Satu SMI dan Satu Negeri Satu Universiti
Written by Hamdan   
Monday, 27 July 2009
lcd_projektor.jpglogo_pasti.gif

Simpang Renggam 26 Jun 2009 : Cikgu Abdul Kadir yang merupakan Timbalan Pengarah PASTI Malaysia telah mengingatkan semua pengurus dan guru yang mengikuti Kursus Pengurusan anjuran PASTI Johor tentang wawasan Almarhum Ustaz Dato Fadzil Noor, bekas Presiden PAS bahawa matlamat beliau ialah memastikan setiap cawangan PAS mempunyai sekurang-kurangnya satu PASTI, satu Dun satu Sekolah Rendah Islam, satu Kawasan satu Sekolah Menengah Islam, satu negeri mempunyai satu Universiti yang dikendalikan oleh organisasi PAS atau individu PAS.

Hasrat almarhum Us Fadzil itu belum tercapai secara keseluruhannya tetapi percayalah kebangkitan rakyat yang cintakan Islam dan kemenangan kerusi di tangan PAS bersama Pakatan Rakyat akan merancakkan lagi pertumbuhan dan pertambahan bilangan institusi pendidikan di bawah kelolaan PAS nanti. Marilah kita menyambut cabaran itu dengan semangat dan harapan sebagaimana slogan PASTI iaitu Membina Generasi Al-Quran.

 

Last Updated ( Tuesday, 28 July 2009 )
 
Tahniah Atas Kecemerlangan Murid PASTI : Memang Mantap
Written by Hamdan   
Thursday, 23 July 2009
pasti-1-300x225.jpg Pelajar PASTI Terbukti Bagus

dipetik daripada :www.PemudaGombak.com

Gombak: Pelajar-pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTII) telah membuktikan kecemerlangan di dalam akademik apabila mombolot hadiah-hadiah utama di dalam acara CEPAT MEMBACA RUMI.

Di dalam acara tersebut, para pelajar PASTI berjaya menggondol kemenangan di di tempat pertama, kedua dan ketiga.

Acara anjuran Perpustakaan Daerah Gombak ini adalah sempena Program Gerakan Membaca bagi Daerah Gombak yang sedang berlansung.

Di dalam pertandingan tersebut, pelajar-pelajar PASTI menunjukkan kelancaran mereka membaca sekaligus menewaskan peserta-peserta daripada tadika-tadika lain di dalam daerah Gombak.

Penganjur program telah menjemput semua tadika di dalam daerah Gombak untuk menyertai pertandingan tersebut.

"Inilah hasil kesungguhan dan Itiqamah guru-guru PASTI dalam mendidik anak-anak. Jika diberi peluang, Insya Allah Pasti boleh memberikan persembahan yang terbaik kepada masyarakat" kata Sdra Azizul Abu Bakar, Timbalan Pengerusi PASTI Gombak yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Gombak.

Menurut beliau juga, kesemua pelajar PASTI yang mengambil bahagian di dalam acara tersebut, berjaya teks yang diberikan oleh pengadil dengan lancar dan tidak teragak-agak jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain.

Difahamkan, Tadika Kemas yang menjadi asuhan Umno tidak lansung menghantar wakil ke pertandingan sekaligus.

Mungkin mereka mengetahui sekiranya mereka menghantar pun peserta ke program tersebut, mereka tidak akan mampu bersaing dengan peserta-peserta PASTI.

  Krew PemudaGombak.com Tahniah kepada para pelajar PASTI yang telah menggondol ketiga-tiga hadiah utama pertandingan tersebut. Juga tidak ketinggalan kepada para guru-guru PASTI yang selama ini tidak kenal erti putus asa untuk mendidik dan membimbing anak-anak PASTI sehingga ke peringkat ini.

Semoga ia membuka mata masyarakat tentang kualiti pelajar-pelajar PASTI yang selama ini jarang-jarang didedahkan.


Last Updated ( Thursday, 23 July 2009 )
 
Nabi Muhammad SAW Bertemu Dengan Allah SWT Memohon DiKurangkan Solat dalam Peristiwa Israk Wal Mikra
Written by Hamdan   
Thursday, 23 July 2009
israk_mikraj.jpg

Begitulah sedikit isi ceramah yang disampaikan oleh Al Fadzil Ustaz Abdullah Bin Husin sempena Israk Wal Mikraj di PASTI Taman Sri Lambak pada 20 Julai 2009 hari Isnin yang lalu.

Ceramah yang melabihi satu jam itu menceritakan iktibar disebalik kisah Israk Wal Mikraj diselang-selikan dengan alunan Selawat dan Nasyid yang didendangkan sendiri oleh Ustaz Abdullah yang juga Ketua Dewan UlamaK PAS Johor merangkap AJK Dewan Ulamak PAS Pusat.

Tahniah kepada tuan rumah Cikgu Sutinah yang bertungkus lumus membuat persiapan dan memang rugi siapa yang tak mendengar ceramah tersebut.

sumber http://passembrong.blogspot.com

 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 64 - 70 of 243

Tazkirah Terkini

Jendela Hikmah:
BH | 20 Jul 07 Hakikatnya, bukan wanita saja yang lupa pada agama. Lelaki juga bahkan tanggungjawab mereka sebenarnya lebih berat kerana Allah meletakkan kelebihan...
Bulan yang membosankan bagi……….
Oleh Mohd Shukri Hanapi MUSIBAH ialah bencana, kecelakaan atau malapetaka. Dalam erti kata lain, musibah dikaitkan dengan sesuatu yang tidak baik dan mendatangkan penderitaan kepada seseorang....
Oleh Hasliza Hassan KEBELAKANGAN ini, banyak kisah kepincangan institusi keluarga dikaitkan dengan kegagalan bapa sebagai pemimpin keluarga memainkan tanggungjawab nakhoda yang sepatutnya...

Aktiviti Terkini

Setiap PASTI di peringkat Kawasan mahupun Cawangan digalakkan untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Gambar di bawah menunjukkan sebahagian aktiviti untuk pelajar Pasti Al-Ghazali, Kawasan...
Hari Anugerah Kecemerlangan / Ihtifal PASTI Kawasan Segamat telah diadakan pada 3 November...
Meriah... itulah yang dapat digambarkan dalam program tahunan PASTI Kawasan Bakri iaitu Majlis Konvokesyen PASTI 2012. Bertempat di Dewan Masjid Al Munir, Bt. 3 Jalan Bakri, majlis perasmian...
Tahniah diucapkan kepada PASTI Firdaus kerana dapat turut setia dalam sambutan Maulud Nabi SAW di Surau Al Muhajirin, Segamat. Apa yang paling menarik dalam sambutan yang diadakan pada 9 Februari...
Majlis Hari Kecemerlangan / Ihtifal PASTI Kawasan Kluang telah diadakan pada 4 November 2012 Majlis dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kluang, Sdr. Khairul Faizi Mohd...